......26 May 2011.....
Pagi tadi lebih kurang pukul 10.30 aku singgah sarapan di bazar batu
buruk sementara menunggu interview di steten minyak kerana sudah tiada
kerja di Terengganu yang menggunakan Ijazah aku ini. Sewaktu makan, mata
ni terpandang seorang pakcik yang "lusuh " karekternya.. Bau busuk,
baju koyak, pakai kain pelikat singkat, tak beralas kaki, tapi
berkopiah.
Duduk bersandar di
tiang bazar dekat dengan kerusi aku. Terdetik dalam hati, apa pakcik ni
kelaparan. Orang gila pun lapar, masih tetap manusia. Aku pesan satu
lagi nasi minyak. Pesanan aku sampai ke meja. Terus aku beri pada pakcik
tadi. Tuan kedai terkejut dan mengangkat tangan melambai seolah2
memanggilku. Aku pun balas tunggu skejap.
Pakcik tadi tenung
aku sambil berkata "pakcik dah makan nak.. terima kasih nak.." Dalam
hati terdetik sungguh indah bahasa pakcik yang ku sangka gila tadi. Aku
bangun dengan kecewa kerana pesanan aku tidak dijamah oleh pakcik. Lalu
aku pergi kepada tuan kedai yang memanggil ku tadi.
Ada apa
pakcik? Pakcik kedai balas: Jangan bagi dan suruh dia makan kat sini,
nanti customer pakcik lari. Aku tersentap. Dan spontan aku membalas.
"Jika orang ini ayah kandung pakcik, pakcik halau tak dia?" Pakcik tu
diam. Takpe pakcik, saya akan bayar ansuran kalo pakcik rugi hari ni.
Saya nak tanya, betul ke pakcik td tu sudah makan? Pakcik kedai jawab,
tidak. Dari mula pakcik buka kedai pukul 6.30 tadi pakcik kopiah tu
duduk kat tiang tu.
Dalam hati kecil ni cakap, tak pernah aku
jumpa pakcik gila semulia ini. Tidak mengemis, tidak pula meminta. Aku
pegi semula pada pakcik kopiah tu. "Pakcik, saya sunyi makan sorang2,
pakcik teman saya makan jom." Pakcik tu akur dengan pelawaan aku kerana
kesungguhan aku. Ramai yang beralih meja kerana bau pakcik tu, namun
kerana ingin menjaga hati orang tua yang aku tak kenal, aku tahan bau
itu.
Lega tengok pakcik tu makan dengan sangat sopan. Aku
lontarkan beberapa soalan pada pakcik tu. Pakcik dari mana, tinggal
dimana? Pakcik tu jawab. Pakcik merantau cari redha Allah. Aku terkejut.
Dalam hati aku dah syak bukan2. Kot2 wali ke ni? Mana keluarga pakcik?
Pakcik dibuang oleh keluarga pakcik kerana sekeping geran tanah. Kenapa
pakcik? Apa masalahnya? Pakcik sedekahkan geran itu untuk seseorang
untuk dibangunkan pondok2 mengaji. Keluarga pakcik terus buang pakcik.
Allah...
Pakcik tinggal dimana? Pakcik tu diam tak menjawab.
Masa terlalu singkat untuk aku menyambung urusan kerja. Aku panggil
pakcik kedai untuk kira. Semuanya berharga RM 11.60. Aku celup dompet
aku, dan aku lupa yang aku hanya bawa RM 5.00. Aduh.... Pakcik tu nampak
raut wajah muka aku seolah2 melihat masalah dalam dompetku. Pakcik tu
mencelah. Nak, ambil duit ni, pakcik bayarkan.
Nak tau ape?
pakcik keluarkan satu sampul surat sebagai dompet dia (macam dompet
TGNA), dalam tu duit seratus setebal setengah inci, dan satu kad BSN dan
i.c lama (pakcik tu bekas tentera laut).. Satu kedai dia bayarkan.
Allah.. Satu kedai hairan apabila pakcik kedai tu announce yang makanan
semua sudah dibayarkan oleh pakcik kopiah tadi. Masing2 semua pandang
aku dan pakcik kopiah. Dengan tiba2 pakcik kopiah angkat tangan dan
berdoa dengan suara yang agak sederhana kuat, aku pun turut angkat sama.
Dan paling terharu apabila aku dengar suara "amin....." dengan suara
yang ramai. Bila aku berpaling ke belakang, satu kedai mengangkat tangan
bersama pakcik kopiah tu.. Ada yang bangun mendekati kami berdoa
dekat2.
Terasa sangat gemuruh dan terharu dengan keperibadian
orang yang ku sangka gila ini rupanya seorang guru agama!! Ada yang
menangis kerana doa oleh sang guru itu sungguh merdu.. Kecoh seketika..
Selesai berdoa, aku bersalam dengan pakcik tadi dan ucap terima kasih
dengan harapan dapat jumpa lagi. Aku terus berjalan ke motor aku. Aku
berpaling ke belakang, semakin ramai yang berkerumun pada pakcik tadi.
Aku senyum tanda puas bahawa orang sekeliling mula mendekati pakcik. Aku
buka semula dompet aku kerana aku simpan kunci motor dalam tu.
Nak tau apa? Aku terkejut kerana ada 2 keping duit seratus dan satu
nota kecil yang bertulis: "Ambil duit ni buat beli susu anak dan buah
delima untuk orang rumah anak yang mengidam.." Aku terkaku, dan terus
pandang ke arah tempat pakcik tadi. Beliau sudah tiada disitu. Aku terus
pakai helmet dan tutup pemuka helmet. Aku menangis kerana terharu dan
sangat bersyukur. Bagaimana dia tahu aku dalam kesusahan...
Ya Allah.. Kau peliharakanlah pakcik itu..
(Copy pasted - Warta Dari Hati)
Sebarkan.. Seburuk mana pun luaran seseorang jangan sesekali menghina
kerana siapa tahu dia lebih mulia dari kita di sisi Allah swt
No comments:
Post a Comment